HomeUtamaMKN Sabah nafi dakwaan keluar kenyataan situasi di Timur Sabah

MKN Sabah nafi dakwaan keluar kenyataan situasi di Timur Sabah

Read Time:24 Second

KOTA KINABALU : Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah semalam menafikan dakwaan kononnya mengeluarkan kenyataan bertulis yang bertajuk ‘Penutupan Sementara Sebarang Aktiviti Pelancongan Di Perairan Timur Sabah’.

MKN Sabah menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa kenyataan berkenaan itu adalah dokumen palsu dan tidak benar sama sekali.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk sumber sahih berkaitan situasi keselamatan di Negeri Sabah.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak berkongsi berita palsu yang boleh menggugat keselamatan negara melalui mana mana saluran,” menurut kenyataan itu. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

GLC, sektor swasta diseru tampil salur bantuan kepada mangsa banjir

Armizan merakamkan gambar bersama penduduk Kawang semasa Program Jualan Rahmah MADANI di kawasan DUN Kawang itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular