HomeUtamaPelan KK 2030 dijangka siap Jun ini

Pelan KK 2030 dijangka siap Jun ini

Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Pelan Induk Bandaraya Kota Kinabalu 2023-2030 (Pelan KK 2030) dijangka akan siap pada Jun tahun ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pelan itu berfungsi untuk menyatukan pelan-pelan tindakan sedia ada yang boleh menjadi rujukan semua jabatan dan agensi bertanggungjawab kepada pembangunan ibu negeri ini.

“Mendepani perubahan iklim yang semakin berada di luar jangkaan ketika ini, Bandaraya Kota Kinabalu tidak boleh ketinggalan dan perlu lebih agresif  melaksanakan pelbagai inisiatif menangani serta mengadaptasi kesan perubahan iklim yang menjadi komponen penting dalam Pelan KK 2030.

“Ini termasuklah menyedia dan mendokumenkan Carbon Footprint Bandaraya Kota Kinabalu dengan lebih sistematik selaras dengan Sustainable Development Goals 2030.  

“Bandaraya ini perlu dibangunkan secara seimbang, mencakupi elemen inklusiviti iaitu setiap idea pembangunan perlu dirancang dengan teratur agar tidak bercanggah dengan aspek keselamatan, keseimbangan ekosistem, mahupun perkara-perkara yang mampu membantutkan pembangunan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus Siri 1 Kerangka Pelan Induk KK 2023 – 2030 di sini, semalam.

Noorliza berkata, terdapat enam agenda utama dikenal pasti dalam kerangka induk Pelan KK 2030, antaranya penyediaan prasarana awam, kelestarian alam sekitar, kemakmuran sosio-ekonomi, bandar pintar, transformasi digital dan industri, keterangkuman seni dan budaya serta kecemerlangan tadbir urus.

Katanya, terdapat lebih 70 pemegang taruh terlibat secara langsung dalam perancangan pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu dan berharap intipati Pelan KK 2030 kelak akan menjadi sesuatu yang absah, berdaya laksana dan realistik memenuhi ekspektasi masyarakat.

Beberapa siri libat urus serupa juga dijangka akan diadakan lagi untuk memperincikan dan merealisasikan penyediaan serta pelaksanaan Pelan KK 2030.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan)  Abdul Manaf Rajikan.

RELATED ARTICLES
Utama

JUM bantu usahawan muda Membakut tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular