HomeUtamaGunung Kinabalu sesuai dijadikan lokasi latihan pendakian altitud tinggi

Gunung Kinabalu sesuai dijadikan lokasi latihan pendakian altitud tinggi

Read Time:1 Minute, 33 Second

Ranau : Gunung Kinabalu merupakan satu lokasi terbaik dan sesuai untuk penggemar aktiviti mendaki mengadakan latihan altitud tinggi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, gunung tertinggi di Asia itu juga turut mencabar pendaki untuk menyesuaikan diri dan bertahan pada ketinggian yang berbeza.

“Latihan pada altitud tinggi merupakan aktiviti latihan yang diadakan di kawasan tinggi dan pada ketinggian ini, oksigen di udara juga berkurangan.

“Pergerakan fizikal anda akan berasa lebih sukar dan anda akan menjadi lebih cepat letih. Idea latihan altitud tinggi adalah untuk memaksa badan anda menyesuaikan diri dengan keadaan kurang oksigen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program  ‘High Altitude Training GEC 12th Malaysian ASEAN Kinabalu Climb 2023’ di Restoran Liwagu, Taman Negara Kinabalu, di sini, semalam.

Pada program itu, seramai 66 peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina, Thailand, Korea dan Iran mengambil bahagian dalam program itu.

Acara itu dianjurkan Global Expedition Club, Global Expedition Training dan disokong oleh Sutera Sanctuary Lodges (SSL) dan Taman-Taman Sabah.

Christina berkata, pihaknya berharap melalui program itu ianya akan dapat memperkenalkan Gunung Kinabalu sebagai tempat terbaik untuk pusat latihan altitud tinggi kepada dunia.

“Dengan berbesar hati saya melancarkan program kali ini. Tahniah kepada semua peserta Pendakian Gunung Kinabalu 2023 esok (hari ini) dan nikmatilah ekspedisi anda,” katanya.

Dalam pada itu, Christina turut mengingatkan pendaki bahawa minda yang kuat, disiplin diri dan kekuatan fizikal adalah kualiti penting sebelum mencuba suatu eksperimen pendakian.

“Di sebalik semua cabaran, semua usaha akan kelihatan berbaloi, sebaik sahaja anda berada di titik tertinggi gunung dengan Negeri Di Bawah Bayu berada di bawah anda. Mendaki Gunung Kinabalu yang terkenal sememangnya salah satu aktiviti terbaik di Sabah.

“Bermalam di Taman Kinabalu atau Tanah Tinggi Kundasang (1500 meter di atas paras laut) sebelum mendaki membolehkan anda menyesuaikan diri dengan perubahan ketinggian dan mengu rangkan penyakit gunung akut (AMS) semasa mendaki,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular