HomeUtamaKonvensyen al-Quran, Sains mampu tambah ilmu agama kepada masyarakat

Konvensyen al-Quran, Sains mampu tambah ilmu agama kepada masyarakat

Read Time:1 Minute, 41 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Penganjuran Majlis Konvensyen al-Quran dan Sains mampu membuka pintu kesedaran kepada masyarakat khususnya umat Islam untuk menambah wawasan tentang  ilmu agama, alam hingga kehidupan yang dilalui pada masa kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, majlis itu juga dapat menenangkan hati dan fikiran apabila berada pada majlis yang positif.

“Selain itu juga program seumpama ini juga dapat meningkatkan lagi keinginan untuk berbuat kebaikan dan sentiasa bersangka baik dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan ini.

“Sehubungan itu, Islam adalah agama yang lengkap lagi komprehensif.  Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai Syumuliyyah dalam Islam.  Oleh sebab Islam sudah lengkap dan sempurna ia tidak menerima sebarang campur aduk dengan sebarang ideologi dan falsafah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvensyen Negeri Sabah sempena Sambutan Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri Sabah 1444H/2023M di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini semalam.

Arifin berkata, keharmonian antara al-Quran dan Sains itu sudah ada sejak dahulu dan telah diperincikan oleh ilmuwan Islam.

Walaubagaimanapun katanya, al-Quran bukannya buku Sains malah ia adalah wahyu Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS dan al-Quran diturunkan sebagai petunjuk supaya manusia dapat membezakan antara hal dan yang batil.

“Melalui kajian yang diperincikan, kita akan dapat menemui kebenaran kajian manusia yang tidak akan pernah bercanggah dengan al-Quran.

“Dalam erti kata lain, Sains dalam Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi kerana wahyu datang daripada maha kuasa yang tidak terbatas pengetahuannya sedangkan Sains yang dikaji oleh akal fikiran manusia yang terbatas,” katanya.

Sementara itu, Arifin berkata, konsep Sains pada hari ini adalah satu konsep yang memerlukan bukti.

“Sekiranya seseorang mengutarakan teori, pakar-pakar Sains tidak akan mempedulikannya melainkan ia disertakan dengan bukti dan telah melalui beberapa ujian saintifik.

“Dengan kebesaran dan kebijaksaan Allah SWT tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Perdana Park masih ditutup atas faktor risiko keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular