HomeUtamaUsaha mengindahkan Kota Kinabalu giat dilaksanakan

Usaha mengindahkan Kota Kinabalu giat dilaksanakan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Usaha berterusan giat dilaksanakan bagi mempergiat pelaksanaan Rangka Tindakan Pengindahan Landskap Kota Kinabalu (2021-2025) yang dilancarkan pada September 2020.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pelaksanaan pelan tindakan itu adalah melibatkan aktiviti mencantikkan Kampung Air, menambah baik system perparitan dan beberapa aktiviti lain.

“Selain itu, pelan ini juga akan mencerahkan lorong belakang Kampung Air dan menanam lebih banyak pokok bunga dan pokok bagi meningkatkan suasana bandar.

“Rancangan juga sedang dibuat bagi memeriahkan Taman Chong Thien Vun dengan mengajak generasi muda memulakan aktiviti perniagaan mingguan di sana selain langkah akan diambil untuk menjadikan Taman Bandaraya lebih mudah diakses oleh penduduk tempatan dan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menerima kunjungan rombongan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang diketuai Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Pada kunjungan itu juga, DBKK turut menyerahkan draf mereka mengenai ‘Beautiful KK’ dan “Heritage KK” yang menjadi antara cadangan lain.

Christina berkata, usaha perlu ditingkatkan khususnya berkaitan isu kebersihan tandas awam di sini. Selain itu, kerja penyelenggaraan juga perlu dilakukan terhadap jubin lantai yang rosak serta laluan-laluan pejalan kaki yang rosak dalam bandaraya ini.

“Saya mahu lihat kesemua ini diselesaikan sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Christina juga mengumumkan DBKK akan meluaskan tapak Api-Api Night Food Market di Gaya Street dari kawasan Alliance Bank sehingga kawasan Jesselton Hotel berkuatkuasa 15 Mac ini.

Katanya, tindakan positif itu diambil kerana lokasi berkenaan merupakan destinasi tarikan pelancong selain untuk mengurangkan kesesakan.

“Kerajaan menawarkan peluang kepada penjaja kecil berminat untuk berniaga di kawasan ini pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula 6 petang sehingga 12 tengah malam. Mohonlah lesen berkaitan dari DBKK.

“Saya mahu mengingatkan kebersihan persekitaran adalah wajib dipatuhi bagi mengekalkan imej baik destinasi ini.

“Penerbangan terus dari Guangzhou dan Shenzhen akan bermula 2 dan 3 Mac ini, dijangkakan penerbangan dari negara lain juga akan tiba. Kita perlu bersedia untuk menerima lebih ramai pelancong ke Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Masih Hilang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular