HomeUtamaDua lokasi dikenal pasti bagi pelaksanaan PPR di Putatan

Dua lokasi dikenal pasti bagi pelaksanaan PPR di Putatan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Dua lokasi di Putatan dikenal pasti bagi pelaksanaan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, dua lokasi itu adalah di Kampung Potuki dan Kampung Pasir Putih.

Katanya, keperluan untuk menyediakan PPR di kawasan berkenaan amat tinggi dengan majoriti penduduk adalah dalam kelompok B40 dan golongan menengah.

“Seperti yang diketahui, di kawasan Putatan, hartanah teres dua tingkat berharga melebihi RM500,000 malah apartment bertingkat tiga bilik juga mencecah RM400,000 keatas.  

“Pendapatan individu tidak bertambah secara ratio yang sama dengan kenaikan harga rumah, oleh itu penting untuk memastikan persiapan awal kerana harga tanah akan sentiasa meningkat dari tahun ke setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Ahli-Ahli Majlis Daerah Putatan di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, perkara itu juga akan menjadi punca kepada kemiskinan bandar dengan kos pengangkutan, sara hidup, kadar sewa atau harga rumah yang tinggi.

“Sekiranya perancangan tidak diambil bagi menangani masalah tersebut, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun isu miskin bandar akan timbul di Putatan,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih, Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Jamili Nais, Pegawai Daerah Putatan, Mokhtar Hussin dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Ahmad Helmy Mohd Taib.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular