HomeIsu tempatan30 pelajar KTYS jalani kursus persediaan ke Timur Tengah bermula April ini

30 pelajar KTYS jalani kursus persediaan ke Timur Tengah bermula April ini

Read Time:47 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Seramai 30 pelajar Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) akan menjalani kursus persediaan ke Timur Tengah bermula April ini.

Ketua Eksekutif KTYS, Samin Ongki berkata, kelompok pelajar yang terpilih menyertai kursus berkenaan adalah mereka yang cemerlang daripada beberapa buah sekolah di Sabah. 

“Sebelum mereka dihantar ke Timur Tengah, mereka akan diberikan kursus selama lima bulan di KTYS untuk memantapkan penguasaan bahasa Arab dan mempelajari budaya negara yang bakal mereka kunjungi.

“Selain itu, KTYS juga memperkenalkan Kursus Asasi selama setahun sebagai persediaan pelajar memasuki Universiti Malaysia Pahang dan ke German dalam bidang kejuruteraan masing-masing untuk tempoh dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Samin berkata, seramai sembilan pelajar dari KTYS berada di German dalam bidang kejuruteraan di bawah tajaan Yayasan Sabah dan juga kerajaan negeri.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular