HomeIsu tempatanPolis siasat klip video tular babitkan salah laku anggota

Polis siasat klip video tular babitkan salah laku anggota

Read Time:39 Second

SANDAKAN: Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek mengesahkan ada menerima maklumat berkenaan klip video yang tular di media sosial membabitkan salah laku dua orang anggota polis dan orang awam di satu lokasi sekitar daerah Sandakan baru-baru ini.

Fuad berkata, siasatan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang dijalankan bagi mengenalpasti jika ada sebarang salah laku yang dilakukan oleh anggota berkenaan.

“Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan juga pihak pemberi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menyeru kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan dimohon untuk berhubung dengan ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan di talian 0133811239.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular