HomeUtamaBernard Dompok dilantik pengerusi SME Corp

Bernard Dompok dilantik pengerusi SME Corp

Read Time:2 Minute, 7 Second

Putrajaya : Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Bernard Dompok dilantik sebagai Pengerusi SME Corp Malaysia yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah SME Corp di pejabat menteri, di sini, hari ini.

Beliau berharap dengan pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang baharu mewakili Dewan Perniagaan Melayu, India, Cina, Kadazandusun dan Dayak akan membantu kerajaan khususnya kementerian memberikan perkhidmatan terbaik kepada usahawan SME di seluruh negara.

“Kementerian kita khususnya SME Corp menghadapi cabaran besar memenuhi pelbagai keperluan usahawan SME di seluruh negara, tetapi saya percaya dengan gabungan pemimpin baharu dan sedia ada, SME Corp dapat memberikan perkhdimatan yang baik kepada rakyat khususnya usahawan SME,” katanya.

Anggota perbadanan SME Corp yang lain ialah Noor Afifah Abdul Razak, Datuk Dr.Zunika Mohamed, Datuk Koong Lin Loong, Bell Aggan @ Bell Ak Bernard Aggan, Datuk Ladislaus Maluda, Ir.Ter Leong Leng, Prof.Dato’ Dr. Haji Abdul Razak Haji Omar dan Cham Owi Tong.

Turut hadir pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah SME Corp ialah Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy dan Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’Sri Suriani Ahmad.

Ewon turut mengulangi komitmennya untuk terus membantu usahawan PMKS, koperasi, penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

“Saya telah mengatakan kepada warga kementerian bahawa tanpa mengurangkan fokus kementerian sedia ada di seluruh negara, saya mahu fokus tambahan untuk Sabah dan Sarawak.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga sering menyebut keperluan untuk memberi fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak. 

“Dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini juga bersetuju bukan sahaja fokus tambahan tetapi belanjawan tambahan untuk Sabah dan Sarawak.

“Bukan kita mengabaikan kawasan lain, cuma ada keperluan yang lebih besar untuk kita membantu Sabah dan Sarawak yang selama ini merasakan mereka terpinggir dari arus pembangunan termasuk dalam bidang keusahawanan,” katanya. 

Ewon percaya dengan pelantikan ahli lembaga pengarah yang baharu dan sedia ada mewakili pelbagai kaum dalam pentadbiran SME Corp akan memberi nilai tambah perkhidmatan kepada para usahawan di negara ini.

Sementara itu Suriani berkata, SME Corp adalah antara agensi penting dalam pembangunan keusahawan di bawah Kuskop selain Tekun Nasional untuk usahawan mikro dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) serta Institut Koperasi Malaysia (IKMA) untuk usahawan.

“Kami di kementerian amat berbangga dan mengalu-alukan Tan Sri Bernard Dompok sebagai pengerusi baharu SME Corp. Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang dikenali tetapi berpengalaman luas dalam pentadbiran negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya