HomeUtamaUMNO pusat kekal hubungan baik dengan Kerajaan GRS

UMNO pusat kekal hubungan baik dengan Kerajaan GRS

Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: UMNO pusat akan terus mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Perkara itu disuarakan oleh Presiden UMNO Malaysia Merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semasa menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadhan yang berlangsung di Masjid Jamek As Salam Kampung Benoni, di sini hari ini.

Zahid berkata, Kerajaan Perpaduan yang wujud diperingkat pusat dan peringkat negeri Sabah menjalin hubungan yang erat bukan hanya dari segi menterjemahkan peruntukan-peruntukan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan tetapi lebih penting ialah hubungan di antara parti-parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan terutamanya diperingkat negeri Sabah.

“Dulunya kita berada di fasa tenang atau di tahap ketenangan kita terus mewujudkan situasi yang tenang itu antara pelbagai parti di negeri Sabah ini, saya telah memberitahu kepada rakan-rakan saya di UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah supaya tidak melakukan sesuatu yang menggugat perasaan atau mengguris hati parti mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis itu.

Menurut Zahid, terdapat beberapa langkah penyelesaian yang sedang dilakukan untuk mengekalkan kerajaan Sabah yang ada sekarang hingga Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Terdapat beberapa langkah dan kita mencari kaedah-kaedah yang terbaik supaya kerajaan yang ada di Sabah ini terus dikekalkan sehingga PRN akan datang.

“Itulah azam kami, itulah apa yang telah ditandatangi diantara kami dengan mereka (GRS) dan ini harus dikekalkan,” tegasnya.

Namun pada waktu yang sama, Zahid juga mahu jawatan-jawatan atau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sama ada dalam kerajaan tempatan atau ketua kampung hendaklah dikekalkan seperti yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.

“Ini adalah kerana kita tidak mahu adanya pertukaran disebabkan ada perkara-perkara yang menjadi titik rumit di antara Semenanjung dan Sabah ini,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat telah diraikan dalam majlis iftar yang diadakan di Masjid Kampung Benoni itu.

Majlis yang disempurnakan Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjadi lokasi ke-12 daripada 14 negeri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang telah bermula pada 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H dengan lokasi pertama di Masjid Batu 8, Gombak
Selangor.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular