HomeEkonomiKUSKOP cadang gerakan koperasi di Sabah dilibatkan dalam perolehan Kerajaan

KUSKOP cadang gerakan koperasi di Sabah dilibatkan dalam perolehan Kerajaan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar gerakan koperasi khususnya di negeri ini dilibatkan dalam perolehan-perolehan projek Kerajaan.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya mahu koperasi yang terlibat dalam sektor peruncitan dan pemborongan dapat terus diperkasa di negeri ini selain mahu melihat lebih banyak koperasi terlibat dalam sektor agro makanan.

“Saya juga ingin melihat bagaimana koperasi ini diperkasakan untuk terlibat atau menjadi sebahagian daripada penyeragaman harga barangan terutama di kawasan-kawasan pedalaman Sabah.

“Selain itu, saya akan mencadangkan kepada Kerajaan Sabah untuk gerakan koperasi ini dilihat mekanisme bagaimana mereka dapat dilibatkan didalam perolehan-perolehan projek Kerajaan di Sabah terutama yang melibatkan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pemantapan Rangkaian Perniagaan Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi Negeri Sabah di sini hari ini.

Ewon berkata, pihaknya berharap agar gerakan koperasi khususnya di Sabah dapat meningkatkan lagi kapasiti dalam perniagaan.

“Sebagai contoh kalau mereka terlibat dalam peruncitan dan pemborongan selama ini, tidak salah untuk mereka menambahkan bidang perniagaan untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka mengambil bahagian dalam perolehan seperti mana yang dicadangkan kepada Kerajaan Sabah,” katanya.

Pada majlis itu, seramai lebih 120 orang melibatkan 60 koperasi yang terdiri daripada barisan anggota lembaga koperasi, pengurusan dan anggota koperasi hadir menyertai program itu.

Program itu dianjurkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan sokongan semua agensi-agensi di bawah KUSKOP. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular