HomeIsu tempatanPekerja lemas di laut terjatuh dari kapal nelayan

Pekerja lemas di laut terjatuh dari kapal nelayan

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui lemas di laut selepas terjatuh dari atas kapal nelayan dalam satu kejadian di Teluk Sepanggar di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.42 pagi tadi (10 April) mengenai orang dipercayai lemas di kawasan perairan Sepanggar berhampiran Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Menurut pemanggil insiden melibatkan seorang mangsa lelaki terjatuh dari atas kapal nelayan.

“Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi pencarian surface water resque dan selaman sekitar lokasi kejadian serta dibantu oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, mangsa warga asing yang kenali sebagai La Hasuba berusia 38 tahun itu dijumpai oleh pasukan Bomba pada jam 11.02 pagi, hari yang sama di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada kedalaman 4 meter.

“Mangsa yang juga pekerja kapal nelayan berkenaan dilaporkan telah meninggal dunia oleh pihak perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Maritim untuk tindakan lanjut.

“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sekitarnya. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.13 pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular