HomeIsu tempatanMasjid Jamek Assalam santuni anak yatim, ibu tunggal

Masjid Jamek Assalam santuni anak yatim, ibu tunggal

Read Time:49 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Papar :   Jawatankuasa Masjid Jamek Assalam Kampung Benoni di sini telah menyantuni seramai 81 anak yatim dan 92 ibu tunggal 60 tahun ke atas sempena bulan Ramadan baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Pengerusi Masjid, Ag Tajuddin Amp Abbas bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif SEDAFIAT, Datuk Ag Buhtamam Amp Mahmun.

Turut menyampaikan sumbangan Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Ag Syairin Ag Bakar dan Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Assalam, Ag Damit Pg Apong yang juga Pengerusi Syukbah Kebajikan dan Kaunseling di Dewan Terbuka Masjid Jamek Assalam Kg Benoni.

Menurut Ag Tajuddin, sumbangan berupa duit raya serta bubur lambuk Adabi itu bertujuan untuk membantu serta memberi sedikit keceriaan kepada golongan asnaf dalam persiapan menyambut Aidilfitri, minggu depan.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada para penyumbang termasuk Kumpulan Sawit Kinabalu yang terlibat menjayakan Program Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Ibu Tunggal 60 Tahun Ke Atas serta Agihan Bubur Lambuk Kg Benoni 1444H.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular