HomeIsu tempatanAdabi sasar agihan 80,000 pek bubur lambuk sepanjang Ramadan

Adabi sasar agihan 80,000 pek bubur lambuk sepanjang Ramadan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:    Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd menyasarkan agihan 80,000 pek bubur lambuk melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ramadan, tahun depan.

Pengurusnya, Zahari Nasir berkata sasaran tersebut memberi peluang lebih luas kepada penganjur untuk bekerjasama dalam mengimarahkan bulan Ramadan dengan menyantuni lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik, yatim, asnaf serta golongan rentan, sekali gus merapatkan silaturahim semasa menyediakan bubur lambuk secara gotong-royong.

“Kita optimis mencapai sasaran agihan 80,000 pek bubur lambuk berdasarkan rekod agihan 72,000 pek pada tahun ini.  Selain itu, ada 20 lokasi terpaksa ditolak sebab penganjur membuat permintaan pada saat-saat akhir. 

“Dengan sasaran ini juga, ruang menjalinkan kerjasama serta merapatkan silaturahim dengan pelbagai pihak menerusi CSR Ramadan akan terbuka lebih luas,” katanya.

Mengulas mengenai rekod agihan 72,000 pek bubur lambuk, Zahari memaklumkan, permintaan yang diterima merangkumi pelbagai pihak termasuk jabatan serta agensi negeri dan persekutuan, NGO, sektor korporat, institusi pengajian tinggi (IPT), masjid dan sebagainya.

“Ramadan kali ini paling sibuk, kita dapat tempahan setiap hari sehingga dua hari sebelum tamatnya Ramadan di seluruh Sabah.  Sehingga hari ini, Adabi telah menghasilkan 250 periuk bersamaan 72,000 pek bubur lambuk yang diagihkan kepada masyarakat khususnya di Kota Kinabalu (KK).

“Berbanding agihan 60,000 pek pada tahun lalu, tahun ini Adabi mencatat penambahan agihan sebanyak 12,000 pek melalui kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Menurut Zahari, untuk menjayakan semua program yang berlangsung sepanjang Ramadan tahun ini, pihaknya menggerakkan pasukan pantai barat dan timur masing-masing dengan 10 orang dan lapan orang pekerja.

“Kita ada satu team di Pantai Timur Sabah yang akan cover Tawau, Sandakan, Semporna dan Lahad Datu, manakala team KK akan cover Pantai Barat termasuk Sipitang, Beaufort, Wilayah Persekutuan Labuan cuma kami utamakan di Kota Kinabalu kerana terlalu banyak permintaan di KK.

“Dari segi logistik, kita juga menggerakkan 10 unit lori untuk penghantaran, sebuah food truck dan dua unit van untuk menampung keperluan program CSR seluruh Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular