HomeIsu tempatanADUN Api-Api sumbang 150 bakul makanan kepada golongan memerlukan

ADUN Api-Api sumbang 150 bakul makanan kepada golongan memerlukan

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Di penghujung Ramadan ini, penyerahan pelbagai sumbangan untuk meringankan beban golongan memerlukan sedang giat dilaksanakan.

KONGSI REZEKI… Christina (kanan) menyerahkan sumbangan berupa bakul makanan kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh tuan rumah Amat Mani (tengah) di Kg Sembulan di sini semalam.

Begitu juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab demi memastikan masyarakat kawasan DUNnya turut merasai kegembiraan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sebanyak 150 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk yang memerlukan di Kampung Sembulan pada Selasa (18 April) bagi persiapan menyambut Syawal tahun ini.

“Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan saya juga ingin memastikan golongan yang tidak berkemampuan khususnya di kawasan DUN Api-Api turut sama merasai kegembiraan pada Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya kepada pemberita semasa menyampaikan sumbangan berkenaan bertempat di kediaman salah seorang penduduk Amat Mani di Kampung Sembulan di sini semalam.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah turut meluahkan rasa gembira kerana dapat berkongsi rezeki kepada masyarakat di kawasan DUN beliau.

“Dengan adanya aktiviti-aktiviti sedemikian akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama masyarakat setempat tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan ideologi politik,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular