HomeIsu tempatanDVS agih 1,000 pek bubur lambuk kepada seluruh warga MAFFI

DVS agih 1,000 pek bubur lambuk kepada seluruh warga MAFFI

Read Time:43 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diagih Jabatan Veterinar Sabah (DVS) kepada seluruh warga Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri (MAFFI) di sini semalam.

Agihan bubur lambuk itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan di Wisma Pertanian Sabah.

Program berkenaan merupakan acara tradisi yang telah dilaksanakan selama lebih 10 tahun bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan dalam kalangan warga DVS.

Selain agihan bubur lambuk, DVS turut mengadakan program berbuka puasa bersama warganya dan penyerahan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga yang memerlukan.

Hadir sama, Pengarah DVS, Dr. Normah Yusop, Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Datuk Edward Linggu dan Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan DVS, Yusrinsyam Yusop. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular