HomeUtamaJualan Madani Raya Kuskop capai jualan lebih RM1.2 juta

Jualan Madani Raya Kuskop capai jualan lebih RM1.2 juta

Read Time:1 Minute, 35 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putrajaya : Program Jualan Madani Raya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) 2023 berjaya mencapai jualan lebih RM1.2 juta melebihi sasaran awal RM1 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program tahunan kementerian dengan kerjasama semua agensi dibawahnya diadakan sepanjang bulan puasa bermula 22 Mac lalu dan berakhir pada 21 April ini, di Festival Ramadan Putrajaya, Presint 3.

Beliau berkata, program Jualan Madani Raya itu disertai 20 koperasi dan usahawan yang menjual pelbagai produk raya, antaranya keperluan harian, makanan, pakaian dan aksesori raya.

“Sehingga 18 April (semalam) jumlah pengunjung melebihi 220,000 orang, jumlah jualan melebihi RM1.2 juta dengan insentif harga melebihi RM225,000,” katanya selepas Sesi Walkabout di Festival Ramadan Putrajaya, di sini, malam tadi.

Ewon berkata, tujuan utama program itu diadakan adalah untuk membantu rakyat mendapatkan barangan asas dengan harga berpatutan untuk persediaan menyambut Aidilfitri.

“Ia juga diadakan bagi memperluaskan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi dan usahawan selain memupuk budaya dan nilai-nilai keusahawanan dalam masyarakat untuk memenuhi hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata, program jualan sempena Ramadan yang dilaksanakan sejak 2019 itu akan diteruskan sebagai program tahunan kementerian.

“Sebelum ini ia hanya diadakan selama empat hari tetapi tahun ini kita panjangkan tempoh pelaksanaan program ini selama sebulan untuk memberi peluang kepada orang ramai membeli keperluan Raya dengan harga berpatutan.

“Saya gembira kerana sambutan amat menggalakkan, sehubungan itu kementerian akan meneruskan program ini pada tahun depan bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan harga berpatutan sempena Raya tetapi membantu meningkatkan pendapatan usahawan sempena bulan Ramadan,” katanya.

Ewon berkata, selain itu penganjuran Program Jualan Madani Raya Kuskop selaras dengan konsep Madani iaitu ihsan dan kesejahteraan menerusi aktiviti jualan diskaun untuk kemudahan rakyat.

Beliau melancarkan “Happy Hour” selama satu jam bermula pukul 9.20 malam  semalam dengan potongan harga barangan terpilih sebanyak 30 peratus. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular