HomeIsu tempatanLebih 200 asnaf disantuni menerusi Program Sentuhan Kasih Ramadan

Lebih 200 asnaf disantuni menerusi Program Sentuhan Kasih Ramadan

Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Penyu : Seramai lebih 240 asnaf sekitar daerah ini disantuni menerusi satu Program Sentuhan Kasih Ramadan.

Program yang diadakan di Kampung Kerukan di sini itu telah disempurnakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Aminah Aching.

Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, sumbangan berupa wang tunai, beras dan kurma itu telah disumbangkan Kumpulan Sawit Kinabalu dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Katanya, bantuan itu juga adalah bagi membantu mengurangkan beban penerima khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Program Sentuhan Kasih Ramadan  ini merupakan program penyerahan sumbangan yang disalurkan oleh Sawit Kinabalu dan juga SLDB untuk membantu para asnaf khususnya menjelang Aidilfitri.

“Antara yang disumbangkan adalah wang tunai, beras dan kurma.  Penerima kita hari ini adalah seramai 240 orang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu,” katanya.

Dalam pada itu, Aminah berkata, pelbagai program bermanfaat dan berimpak besar akan terus dilaksanakan khususnya di kawasan Parlimen Beaufort dalam masa terdekat mahupun jangka masa panjang.

Ia termasuklah penyerahan empat projek Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada empat keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Klias sebelum ini.

Katanya, pihaknya juga akan memperhalusi kerjasama strategik Sawit Kinabalu dan SLDB bagi membantu rakyat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular