HomeUtamaMasidi adakan rumah terbuka Aidilfitri Sabtu ini

Masidi adakan rumah terbuka Aidilfitri Sabtu ini

Read Time:36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Ranau : Majlis Rumah Terbuka Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun akan diadakan pada Sabtu ini bertempat di Dewan Masyarakat Ranau di sini.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan berkata, majlis itu akan bermula seawal jam 11 pagi sehingga 2 petang.

“Saya amat berbesar hati untuk menjemput semua masyarakat untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka saya pada Sabtu ini iaitu 29 April.

“Majlis ini akan berlangsung di Dewan Masyarakat Ranau bermula jam 11 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, penganjuran acara tahunan itu adalah bagi memupuk hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat khususnya di daerah ini yang merentasi semua kaum, agama dan ideologi politik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular