((Kemaskini))
KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 15 buah rumah setinggan membabitkan 17 keluarga hilang tempat tinggal selepas terlibat dalam satu kebakaran di Jalan Saga Likas, di sini pada Rabu malam.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas PKPgB Agustavia Joe Guasi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.29 malam pada Rabu (26 April) mengenai kejadian tersebut.
“Sepasukan Bomba bari BBP Lintas BBP Kota Kinabalu, BBP Penampang dikerah ke lokasi kejadian.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran empat pancutan 400 kaki sumber air dari jentera Bomba Fire Rescue Tender (FRT), Water Tanker dan pili Bomba berdekatan.
“Kebakaran melibatkan 15 buah rumah setinggan jenis tidak kekal terbakar 100 peratus membabitkan 17 keluarga hilang tempat tinggal,” kata Agustavia dalam kenyataan mutakhirnya tengah malam tadi.
Bagaimanapun katanya, tiada mangsa yang terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu, seterusnya operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.47 malam.