HomeUtamaRakyat Malaysia antara 194 rakyat pelbagai negara selamat tiba di Jeddah

Rakyat Malaysia antara 194 rakyat pelbagai negara selamat tiba di Jeddah

Read Time:46 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Rakyat Malaysia menjadi antara sebahagian daripada 194 rakyat dari pelbagai negara tiba di Jeddah dengan selamat dari Pelabuhan Sudan.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, semua rakyat pelbagai negara yang tiba di Jeddah itu menggunakan kapal tentera laut Arab Saudi.

Semua mereka di bawa keluar dari Sudan yang sedang berdepan dengan pergolakan perebutan kuasa menggunakan kapal tentera H M S Abha.

Kenyataan itu memaklumkan sehingga kini, Kerajaan Arab Saudi sudah membantu mengeluarkan seramai 2,351 orang daripada pelbagai negara membabitkan 119 rakyat negara itu dan 2,232 rakyat daripada 67 negara.

Dalam pada itu, Arab Saudi menerima beberapa pusingan pemindahan melalui udara dan laut sejak pertempuran meletus di negara ketiga terbesar di Afrika itu pada 15 April.

Ia juga merupakan sebahagian daripada apa yang disifatkan penganalisis sebagai usaha untuk meletakkan sebagai pemain utama dalam bertindak balas kepada krisis serantau.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular