HomeIsu tempatanADUN Api Api minta pihak berkaitan bantu baiki jalan rosak di sekitar...

ADUN Api Api minta pihak berkaitan bantu baiki jalan rosak di sekitar bandar KK

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api Api Datuk Christina Liew meminta pihak berkuasa berkaitan membantu dalam pembaikan dan penyelenggaraan jalan-jalan atau laluan yang rosak di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan tinjauan rutinnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu pada Isnin.

Seorang pemandu teksi (kiri) membuat aduan kepada Christina (dua kiri) mengenai terdapat jalan yang berlubang di Perhentian Teksi di Kampung Air, Kota Kinabalu. – Foto ihsan Adun Api-Api

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, ada terdapat jalan-jalan dan laluan pejalan kaki yang berlubang dan memerlukan penggantian atau pembaikan seperti kepingan konkrit yang pecah, penutup longkang yang hilang dan ada juga penurap (paver) pada pembahagi jalan yang dipercayai dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bertindak atas aduan daripada orang awam mengenai kerosakan jalan-jalan tersebut, Christina ditemani Setiausaha Politiknya, Vivien Lee, telah membuat tinjauan di kawasan Kampung Air dan mendapati ada longkang konkrit yang terdedah sudah tidak mempunyai penutup.

“Ini teruk, jika ada pejalan kaki yang tidak berhati-hati semasa melalui jalan ini, kemungkinan akan cedera kerana terjatuh ke dalam longkang yang tidak berpenutup ini,” katanya.

Menurut Christina, ada seorang pemandu teksi mengadu tentang jalan berlubang di perhentian teksi di kawasan yang sama.

Justeru, beliau berharap pihak berwajib yang berkaitan supaya segera membantu membaiki keadaan jalan yang rosak di kawasan tersebut.

“Saya juga akan menggunakan Tabung ADUN saya untuk beberapa kerja pembaikan yang akan dilaksanakan,” katanya sambil menambah ini adalah sebahagian daripada Program Mencantikkan Bandaraya Kota Kinabalu yang sedang dijalankan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular