HomeSukanSukan Sea : Nor Farah sumbang pingat emas buat Malaysia

Sukan Sea : Nor Farah sumbang pingat emas buat Malaysia

Read Time:38 Second

Kota Kinabalu : Anak kelahiran Kota Belud Sabah, Nor Farah Mazlan hari ini berjaya menyumbang pingat emas ke-17 buat Malaysia pada Sukan Sea 2023 di Kemboja. 

Pingat yang disumbang pesilat negara itu adalah selepas berjaya memenangi perlawanan akhir Tarung A 45 kilogram (kg) ke 50 kg menewaskan Nadhrah Sahrin dari Singapura.

Ia selepas wasit memutuskan untuk menamatkan perlawanan pada mata 23-16, selepas pesilat Singapura itu melakukan kesalahan berat sebanyak tiga kali.

Turut menyumbang pingat emas bagi acara pencak silat adalah Norsyakirah Muksim dalam kategori wanita 40 hingga 45 kg apabila menewaskan wakil Indonesia, Suci Wulandari 36-33 pada peringkat akhir di Chroy Changvar Convention Center.

Pencak silat di Sukan Sea hari ini telah menyumbang dua pingat emas menerusi Nor Farah dan Norsyakirah. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular