HomeUtamaKerjasama KSTI, UiTM akan terus diperkasa bagi membudayakan program STEM di Sabah

Kerjasama KSTI, UiTM akan terus diperkasa bagi membudayakan program STEM di Sabah

Read Time:1 Minute, 41 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah dan Univesiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah akan terus diperkasa khususnya bagi membudayakan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, UiTM merupakan salah sebuah universiti pilihan majikan dalam Indeks Kebolehpasaran Graduan Kebangsaaan 2023.

Katanya, pengiktirafan serta pencapaian ini menjadi kekuatan serta komitmen UiTM dalam melahirkan graduan yang serba lengkap bagi memenuhi keperluan dan harapan pasaran kerja.

“UiTM sering dilihat sebagai institusi pendidikan tinggi yang  sentiasa menyumbang serta menyokong usaha pihak KSTI melalui banyak program yang telah dijalankan sebelum ini.  

“Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan KSTI yang telah dimeterai pada tahun lalu merupakan contoh kerjasama dalam melaksanakan dialog antarabangsa bersama Persatuan Pendidikan dan Kebudayaan Asia China (ACEC) selain menghubungkan rakan strategik dalam dan luar negara mereka kepada KSTI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ekspo Selangkah ke UiTM 2023 peringkat UiTM cawangan Sabah di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pelbagai program lain yang telah dijalankan oleh UiTM bersama syarikat industri seperti Petronas, Maybank, Tik Tok juga dilihat memberikan peluang pekerjaan.

Katanya, ini termasuklah pendedahan kemahiran sains dan digital teknologi kepada mahasiswa serta komuniti setempat.

“Saya berharap agar UiTM dapat meneruskan program-program seperti ini yang bermanfaat kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, pembukaan kampus UiTM cawangan Sabah bermula hasil usaha serta kerjasama dan bantuan daripada Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah. 

Katanya, pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Yayasan Sabah – Institut Teknologi MARA / YS-ITM dan terletak di Kampus sementara di Jalan Mat Salleh, Sembulan, Kota Kinabalu. 

“UiTM ialah universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menawarkan lebih daripada 500 program akademik dari peringkat Asasi sehingga peringkat Sarjana dan PhD, serta  Program Professional. 

“Ini menunjukkan UiTM berperanan penting dalam meluaskan akses pendidikan tinggi dan memainkan peranannya dalam pembinaan negara dengan menyerlahkan potensi, membentuk masa hadapan,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular