HomeUtamaPesta Kaamatan platform terbaik promosi produk usahawan tempatan

Pesta Kaamatan platform terbaik promosi produk usahawan tempatan

Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang: Perayaan Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun merupakan platform terbaik bagi mempromosi produk-produk tempatan selain memupuk semangat perpaduan kaum.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, usahawan dan peniaga kecil-kecilan diseru untuk merebut peluang itu untuk menjana pendapatan tambahan.

“Antara produk tempatan yang dijual semasa sambutan pesta kaamatan ialah kraftangan, pakaian tradisional, makanan dan minuman tradisional.

“Saya juga berharap agar peniaga kecil-kecilan yang mengusahakan produk-produk tempatan seperti makanan tradisional supaya mempertingkatkan kualiti dari segi pembungkusan bagi melariskan lagi produk berkenaan.

“Kementerian saya melalui agensi-agensi menawarkan pelbagai skim pembiayaan yang boleh dipohon oleh usahawan untuk membantu mereka meningkatkan kualiti pembungkusan produk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang, di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang, di sini, semalam.

Mengenai pembangunan di kawasan Penampang, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau akan berusaha ‘membubut’ peruntukan pembangunan yang diperlukan penduduk kawasan itu.

“Saya ingin melihat Penampang menjadi sebuah daerah yang pesat membangun dengan adanya Pelan Pembangunan Penampang yang dilaksanakan oleh Institut Kajian Pembangunan (IDS),” katanya.

Pelbagai acara menarik diadakan sempena sambutan itu antaranya pertandingan masakah tradisi, pertandingan mangagung, pertandingan sumazau dan pertandingan sulap tercantik melibatkan tujuh mukim kawasan Penampang.

Selain itu turut diadakan Sukan Tradisi seperti Momolostik (Melastik), Monopuk (Menyumpit), Monungkava Kalabau (Menangkap Kerbau), Mipulos (Gusti Tangan) dan Migazat Dukug (Tarik Tali).

Acara kemuncak ialah pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan. Pemenang akan mewakili daerah itu ke pertandingan akhir peringat negeri di KDCA Penampang, pada 30 dan 31 Mei ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular