HomeUtama50 'sumandak' bakal merebut gelaran Unduk Ngadau Kaamatan

50 ‘sumandak’ bakal merebut gelaran Unduk Ngadau Kaamatan

Read Time:1 Minute, 41 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai 50 ‘sumandak’ dari seluruh Sabah dan cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) bakal merebut gelaran Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat negeri pada 31 Mei ini.

Kesemua mereka mula mendaftar di salah sebuah hotel terkemuka di sini pagi tadi dan akan mengikuti beberapa aktiviti yang disusun atur pihak penganjur.

Penganjuran UNK bagi tahun ini bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM91,000 selain tawaran biasiswa dan barangan tajaan.

Antara peserta yang bakal merebut gelaran UNK peringkat negeri ialah Myra Evana Robert yang mewakili Lembah Klang, Crystal Vanessa John (Labuan), Christine Joan Charles (KDCA Melaka), Fiumie Chang Yee Ann (Ranau), Chellyana Tensu (Kinabatangan), Clierriennikka Sapudin (Kemabong), Alvy Marcellah Guanli  (Kuala Penyu) dan Easter Kelly John Aloysius (Kunak).

Selain itu, antara peserta lain ialah Eryeka Cenna Francis (Pegalungan), Pui Xue Ni @ Ninie (Matunggong), Calby Floresa Dolinting (Kota Marudu), Florina Wileh (Tuaran), Jodhrina Birig (Lahad Datu),  Valessaschiffer Jp Francis (Sipitang), Eva Sandra Duin (KDCA Penang), Steffi Olga Aiid (Inanam), Adelyn A Tillon (Karambunai), Dealinah Alcy (Keningau), Suzziereen Helly Guan Poh (Membakut), Anika Isty Norman (Tongod),  Donna Deidre Philip (DBKK), Evyanarey Larry (Sook) dan Celarin Jenny (KDCA Perak).

Turut mendaftar ialah Doren Olivia Gilbert (Telupid), Safikah Duing (Paitan), Angelina Ka (Tawau), Suezilla Ovenna (Beluran), Christine Ferra Jobiril (Banggi)  ), Viru Nikah Terinsip (KDCA Johor), Andrea Roulind (Libaran), Carol Abbey Gail (Papar), Devegracy Justin (Likas), Maira Christabelle Yapp (Menumbok), Audrie Jailin Tubong (Sandakan), Abigail Vun Jia Ying (Kudat)  , Marylyn Velarie Bolovin (KDCA Sarawak), Jaqualine Sadan (Tungku), Marcerine Marcus (Putrajaya), Galedine Lind Mosuyun (Penampang), Frecillavian Sobitun (Semporna), Chrizsha Delyn Ng (Tenom), Rachel Aswena Binti Gundang (Kota Belud),  Melni Dhial (KIulu), Doreen Tony (Putatan), Juje Elor (Beaufort), Clerice Olvia Augustine @ Justin (Tambunan), Florienza Lin (Kalabakan), Efa Anniesyah Kambang (Pitas), Rannysa Rachel Lee (Tamparuli), dan Abby Suehaiveey  (Nabawan).

Pertandingan itu akan menjadi acara kemuncak pada sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang diadakan bermula 30 hingga 31 Mei ini bertempat di Dewan Hongkod Koisaan Penampang.

RELATED ARTICLES
EnglishLocal-englishPendapatUtama

An Inspiring Leadership that Celebrates and Reflects Sabah’s Values

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular