HomeIsu tempatanKepelbagaian budaya serikan sambutan Pesta Kaamatan & Hari Gawai di PWKK

Kepelbagaian budaya serikan sambutan Pesta Kaamatan & Hari Gawai di PWKK

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kira-kira 260 orang termasuk penghuni dan kakitangan Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK) memeriahkan Program Jati Diri & Rumah Terbuka Kaamatan & Hari Gawai di Dataran Padang Kawad, Penjara Wanita Kota Kinabalu hari ini.

Pengarah PWKK Kesumawati Ilas berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk meraikan rakan-rakan sekerja yang berasal dari Sarawak yang tidak dapat balik kampung sempena sambutan perayaan Hari Gawai.

“Meraikan sambutan Hari Gawai adalah julung kali diadakan dalam PWKK, kebetulan pada tahun ini, PWKK menerima ramai kakitangan baharu dari Sarawak dan mereka tidak balik kampung kerana kekangan tugas, justeru kami mengadakan majlis hari Gawai dan Kaamatan di dalam PWKK sekali gus meraikannya bersama penghuni-penghuni PWKK,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Kesumawati, aktiviti meraikan kepelbagaian budaya dalam tirai besi akan diteruskan pada setiap tahun kerana bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama kakitangan dan penghuni tetapi juga dapat memperkenalkan kepelbagaian suku kaum, etnik dan keunikan budaya yang terdapat di negeri Sabah.

“Saya percaya ada kalangan rakan-rakan kerja dari Semenanjung yang teruja untuk melihat sendiri keunikan tradisi suku kaum di Sabah, jadi kami persembahkannya dalam mengadakan majlis seumpama ini,” ujarnya.

Turut hadir memeriahkan majlis Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan, Timbalan Komisioner Penjara Nora Musa.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan menarik dari penghuni PWK selain disajikan pelbagai jenis makanan tradisional Sabah dan Sarawak yang dimasak sendiri oleh kakitangan PWKK.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya