HomeIsu tempatanBelia digesa agar sentiasa proaktif dalam pelbagai cabang ilmu

Belia digesa agar sentiasa proaktif dalam pelbagai cabang ilmu

Read Time:50 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Belud: Golongan belia digesa agar sentiasa proaktif dan melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata, pelbagai cabang ilmu diperlukan untuk menyiapkan golongan belia yang bijak dan berpengetahuan luas seiring dengan perkembangan semasa.

Fairuz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pintasan turut menyarankan golongan belia supaya terus memberi sokongan kepada program-program anjuran agensi kerajaan demi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan. 

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan

Beliau ditemui media ketika merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Daerah Kota Belud di  Dewan Arena Belia Kementerian Belia dan Sukan (KBSS). 

Hadir mengiringi beliau ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen Sabah, Azman Sipan.

Program setengah hari itu menampilkan dua orang penceramah masing-masing mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) daerah Kota Belud untuk memberikan ceramah diselitkan persembahan oleh artis Pentarama.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular