HomeIsu tempatanPelajar perlu ada pengetahuan tepis pengaruh bagi hindari gejala dadah

Pelajar perlu ada pengetahuan tepis pengaruh bagi hindari gejala dadah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Keningau : Para pelajar khususnya di daerah ini perlu mempunyai pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan kemahiran bagi menepis pengaruh kawan selain menghindari dari terjebak  dengan gejala dadah.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pengetahuan bagi menghindari dari gejala dadah itu perlu ditanam dan diserap dalam diri generasi muda pada masa kini.

Katanya, generasi muda terutama para pelajar merupakan kelompok pewaris pimpinan negara pada masa akan datang.

“​Penyalahgunaan dadah bukanlah satu isu yang baharu bagi negara kita. Isu ini telah lama menjadi duri dalam daging dan masalah ini semakin hari makin bertambah dan semakin serius. 

“Dadah menjadi musuh nombor satu negara. ​Bagi kebanyakan daripada kita mungkin telah mengetahui betapa seriusnya gejala penyalahgunaan dadah. 

“Namun,saya percaya ada dalam kalangan murid masih tidak mengenali dan mengetahui apa itu dadah dan bahayanya yang sebenar, yang secara tidak langsung  menjadikan mereka sedikit leka dan cuai, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Cerna Minda Jaguh  PPDa peringkat negeri Sabah di sini semalam.

Ellron berkata, penyalahgunaan dadah boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. 

Katanya, faktor yang paling hampir dengan murid-murid ialah pengaruh rakan sebaya. 

“Hal ini demikian kerana murid-murid mudah meniru dan suka mencuba sesuatu yang baharu. 

“Dadah bukanlah sesuatu yang boleh dicuba-cuba. Sekali anda mencuba, anda akan terjerat dengan dadah sepanjang hidup anda, “katanya.

Dalam pada itu, Ellron bberkata penyalahgunaan dadah memberi implikasi besar kepada negara. 

Katanya, hal ini kerana ianya akan kehilangan tenaga kerja yang produk untuk membina negara masa ini dan masa akan datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular