HomeSukanPM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang

PM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang

Read Time:58 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja baru-baru ini.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata beliau telah bertemu dengan skuad kendalian Asnan Md Zuki itu semalam, dan berhadap pasukan itu dapat meneruskan prestasi cemerlangnya pada masa akan datang.

“Saya ucap tahniah kepada mereka, dan berharap agar prestasi cemerlang ini dapat diteruskan,” katanya.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung Khamis lepas, skuad negara menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik tamat masa sebenar perlawanan, sekali gus menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad.

Sementara itu Perdana Menteri turut memuji aksi dan pencapaian yang dipamerkan kontinjen Malaysia sepanjang temasya APG 2023 berlangsung.

“Ucapan tahniah juga ditujukan buat kontinjen Malaysia keseluruhannya yang mempamerkan aksi yang sangat baik sepanjang temasya berlangsung,” katanya.

Pada APG 2023 di Kemboja yang berakhir Jumaat lepas, Malaysia memperoleh 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa sekali gus melepasi sasaran 33 emas yang diletakkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS serah sumbangan kepada 16 KIR terjejas kebakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular