HomeUtamaIntegriti penjawat awam penting dalam melaksanakan tugas secara telus dan beramanah

Integriti penjawat awam penting dalam melaksanakan tugas secara telus dan beramanah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Integriti dikalangan penjawat awam adalah amat penting kerana ianya diperlukan untuk bertindak secara beramanah kepada kuasa dan tugas secara telus dan tiada konflik peribadi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, penjawat awam juga perlu mempunyai akauntabiliti dan patuh kepada undang-undang serta peraturan yang berkuatkuasa.

Katanya, sekiranya berlaku konflik kepentingan, keutamaan haris diberikan kepada kepentingan awam.

“Punca ketirisan integriti adalah daripada dalam diri individu itu sendiri yang ada kalanya mengatasi prosedur dalaman, struktur dan sistem sedia ada.

“Dengan itu, boleh disimpulkan bahawa integriti wujud dalam diri seseorang individu dengan adanya disiplin serta kekuatan diri yang utuh yang mencerminkan watak dan keperibadian diri yang unggul.

“Sehubungan itu, bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi negara, setiap penjawat awam perlu mempunyai disiplin dan kekuatan diri dalam menghadapi rempuhan dan cabaran integriti” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Minggu Integriti Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersama Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil di sini hari ini.

Jahid berkata, objektif Minggu Integriti adalah untuk melestarikan serta memantapkan pembudayaan integriti dalam kalangan penjawat awam secara menyeluruh, berkesan menerusi program-program yang telah disusun atur.

Katanya, program itu juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan penekanan tentang implikasi buruk amalan rasuah, melahirkan warga kerja yang berakauntabiliti tinggi dalam melaksanakan tanggung jawab.

“Selain itu ia juga dapat memastikan kelangsungan program pemantapan integriti dan pencegahan rasuah dalam perkhidmatan awam serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Oleh yang demikian, diharapkan peserta yang hadir ini ini mahupun yang mengikuti secara hybrid di semua pejabat-pejabat Daerah seluruh Sabah dapat mengambil peluang untuk menimba ilmu dan seterusnya memanfaatkan sepenuhnya ilmu tersebut dalam menjalankan tugas harian,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular