HomeUtamaKerajaan kini giat promosikan lebih banyak tempat menarik untuk diterokai Pelancong khususnya...

Kerajaan kini giat promosikan lebih banyak tempat menarik untuk diterokai Pelancong khususnya di Sabah dan Sarawak

Read Time:2 Minute, 23 Second

SEPANG — Tidak banyak pelancong-pelancong-pelancong  di luar sana mengetahui kewujudan tempat menarik di Sabah dan Sarawak ujar Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Katanya mereka biasanya tahu kewujudan Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang dan kementerian kini sedang mengatur semula untuk mempromosikan tempat-tempat menarik ataupun perkara-perkara yang baru di negara kita yang belum diterokai oleh pelancong.

“ Kementerian sekarang melihat bagaimana untuk merancanakan pakej baharu, ataupun hidangan baharu kepada pelancong-pelancong di luar sana supaya mereka tahu banyak lagi tempat-tempat menarik ataupun perkara-perkara yang baru di negara kita yang belum diterokai oleh mereka”

“ Malah tahap kesedaran itu juga harus diperkuatkan lagi pelbagai gerak kerja promosinya, jalan ceritanya, hebahannya dan itu sebabnya kami di pihak kementerian telah melihat untuk menyusun semula apakah produk-produk yang mahu ditampilkan kehadapan katanya ketika ditemui Sabah Media selepas majlis penyampaian sijil anugerah standard pelancongan asean tahun 2023-2025 di Hotel sama-sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas mengenai kehadiran pelancong ke dalam negara untuk tempoh awal tahun ini, Khairul Firdaus berkata  untuk suku pertama tahun 2023 ini negara telah menerima hampir 5 juta pelancong dan sasaran kita tahun ini adalah 16 juta pelancong

“ Dan saya percaya sasaran itu dapat dicapai  dan apa yang lebih penting sekali adalah, apakah sumbangannya kepada  ekonomi dan masyarakat ”

“ Adakah kita perlu lebih memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti perlancongan di negara ataupun memperhebatkan lagi promosi-promosi pelancongan kita kepada masyarakat di luar sana katanya.

Dalam pada itu seramai 30 orang pengusaha pelancongan menerima  Sijil Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Peringkat Kebangsaan (2023-2025) bagi empat kategori standard iaitu ASEAN Public Toilet Standard, ASEAN Community Based Tourism Standard, ASEAN Homestay Standard dan ASEAN SPA Services Standard.

Kriteria dan keperluan Standard Pelancongan ASEAN ini , terutamanya dalam bidang seperti kebersihan, keselamatan, kesihatan, pemuliharaan alam sekitar dan kemudahan pelancongan adalah penting untuk keseluruhan pengalaman pelancong di negara ini.

jelas Ahli Parlimen Batu Sapi itu, pemain industri mesti mengubah pandangan dan mengambil berat mengenai persekitaran dari aspek kebersihan, terutamanya kebersihan tandas awam.

Kerana ianya adalah antara faktor yang mengambarkan imej kebersihan sesebuah masyarakat. Keperluan bagi menyediakan tandas yang dilengkapi air bersih, tisu, sabun, kekerapan mencuci tandas dan pengudaraan yang baik adalah perkara asas yang sangat perlu dititik beratkan.

“ Penggiat industri pelancongan perlu mempunyai kesedaran tentang kebersihan dan amat digesa untuk mematuhi standard ASEAN sama ada bagi kategori Public, Toilet, Homestay, Community Based Tourism atau Spa Services yang secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan imej dan pelancongan negara.

Standard Pelancongan ASEAN merupakan suatu standard minimum bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam industri pelancongan serantau, selaras dengan Pelan Pelancongan Strategik ASEAN 2016-2025 untuk menjadikan ASEAN sebagai sebuah destinasi yang unggul di peringkat antarabangsa katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular