HomeIsu tempatanUMS hasrat tawar program pengajian dalam bidang pengurusan logistik

UMS hasrat tawar program pengajian dalam bidang pengurusan logistik

Read Time:1 Minute, 54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) merancang untuk menawarkan program Sarjana Muda di dalam bidang Pengurusan Logistik.

Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abdul Karim berkata, UMS sangat positif dalam keperluan penawaran program baharu ini memandangkan terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap bidang tersebut.

“Ini termasuk keperluan memberikan pendidikan lanjutan terutama kepada para pelajar lepasan Diploma dalam bidang Logistik dan Rantaian Bekalan.

“Selain itu, penawaran program baharu ini juga akan dapat membantu peningkatan penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan akademi dan juga dengan kerjasama industri terutamanya di dalam menyelesaikan permasalahan di dalam sektor ini di Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi perjumpaan antara akademi dan industri bersama PKT Logistics Group Sdn Bhd yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Seri (Dr.) Michael Tio.

Turut berlangsung dalam sesi tersebut acara menandatangani Surat Niat (LoI) bagi kerjasama antara UMS dan PKT Logistics Group Sdn. Bhd., yang ditandatangani oleh Rahimie dan Michael Tio.

Rahimie menambah, penawaran program Sarjana Muda Pengurusan Logistik di UMS bakal menjadi peneraju kepada perkembangan industri pengurusan logistik tempatan.

“Ini turut mampu membantu dalam peningkatan kepada fasiliti industri yang boleh menyokong kepada pembangunan industri di negeri Sabah.

“Usaha ini juga diyakini akan meningkatkan penawaran tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan pasaran kerja dalam industri berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Rahimie memaklumkan PKT Logistics Group merupakan penyedia perkhidmatan logistik khusus terkemuka di Malaysia dan mempunyai jaringan di seluruh negara Asia Tenggara.

Michael Tio juga katanya merupakan individu luar biasa yang mempunyai semangat keusahawanan dan dedikasinya telah memainkan peranan penting dalam membentuk kejayaan PKT Logistics Group Sdn. Bhd.

“Justeru, UMS amat optimis melalui pemeteraian kerjasama ini program penyelidikan dan perundingan antara kedua-dua pihak akan dipergiatkan.

“LoI ini juga adalah untuk memastikan kerjasama antara Kumpulan Logistik PKT dan universiti akan memberi manfaat kepada graduan universiti dengan memberi pendedahan kepada mereka tentang kemahiran yang diperlukan oleh industri,” katanya.

Ujar beliau, UMS dan PKT Logistik Group senada bahawa kerjasama ini akan memupuk inovasi, bakat, dan memacu kemajuan masyarakat, sekali gus memberi manfaat kepada para ahli akademik dan pemain industri.

Hadir sama pada acara pemeteraian LoI tersebut Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) merangkap Pengarah, Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 usahawan sertai seminar berkaitan e-invois dalam perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular