HomeIsu tempatanPIBG, pengurusan sekolah digesa jalin kerjasama pantau aktiviti pelajar

PIBG, pengurusan sekolah digesa jalin kerjasama pantau aktiviti pelajar

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tuaran : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digesa untuk sentiasa bekerjasama rapat dengan pengurusan sekolah bagi memantau aktiviti pelajar agar tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak diingini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata, pihak pengurusan sekolah juga perlu lebih waspada kepada tahap keselamatan pelajar tidak kira di dalam premis sekolah mahupun diluar kawasan sekolah.

“Pihak sekolah dan PIBG perlu sentiasa bekerjasama dalam memastikan tahap keselamatan pelajar tidak kira didalam mahupun luar sekolah berada dalam keadaan baik agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti yang berlaku di Pitas baru-baru ini.

“Apa yang berlaku di Pitas itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua.  Ibu bapa dan guru haruslah menjalin kerjasama yang lebih kukuh selain sentiasa memantau pergerakan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat agung PIBG Sekolah Menengah (SM) Advent Tamparuli di sini hari ini.

Jumaat lalu, seramai 20 pelajar lelaki berusia 13 hingga 17 tahun di sebuah sekolah menengah di Pitas dilaporkan mengalami keracunan metanol. 

Hasil siasatan awal mendapati semua mangsa yang tinggal di asrama mempunyai sejarah mengambil minuman berkarbonat yang dibancuh bersama dengan cecair spirit dipercayai mengandungi metanol

Pada majlis itu, Joniston yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah turut menyampaikan sumbangan secara simbolik berjumlah RM100,000 kepada PIBG sekolah berkenaan.

Peruntukan yang disalurkan Kerajaan negeri itu adalah bertujuan bagi membantu pelajar yang memerlukan.

Sekolah berkenaan mempunyai lebih 300 pelajar dari seluruh negeri dan ramai daripada mereka berasal dari luar bandar.

Selain itu, Joniston turut menyampaikan sijil kecemerlangan dan insentif kewangan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular