HomeUtamaRDC Keningau mampu beri peluang komuniti dapat akses peralatan STI

RDC Keningau mampu beri peluang komuniti dapat akses peralatan STI

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Keningau : Pengwujudan Ruang Daya Cipta (RDC) yang kedua dibangunkan di negeri ini mampu memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mendapatkan akses kepada peralatan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) khususnya di daerah ini.

RDC merupakan salah satu inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan ianya dilaksanakan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, beliau tidak mahu anak-anak muda di daerah ini ketinggalan daripada menceburi bidang yang berteraskan STI.

Katanya, kesinambungan bidang STI termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah penting bagi merealisasikan Malaysia Madani dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai daya cipta tinggi.

Beliau turut menyifatkan RDC di Kolej Vokasional Keningau (KVK) amat istimewa kerana ianya dibangunkan di dalam kawasan Institusi Pendidikan dan pertama dibangunkan dibawah projek Bitara Madani 2023.

“Melalui kemudahan yang ada difasiliti ini, masyarakat setempat dapat belajar menggunakan 3D Printer, Robotik, Drone dan lain-lain peralatan secara praktikal.

“RDC juga menyediakan Studio Digital, Makmal Reka Bentuk dan Makmal Komputer bagi mencetuskan idea dan inovasi seterusnya menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.

“Lokasi RDC di KVK ini amat strategik dan sudah pasti akan memberi akses mudah kepada penduduk setempat dan saya percaya dengan hebahan serta promosi yang berterusan, RDC Keningau akan dapat menarik pengunjung daripada daerah-daerah yang berdekatan,” katanya.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berharap dengan peralatan dan bimbingan yang disediakan, RDC di Keningau akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membudayakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE).

Selain itu katanya, ianya akan dapat mencambahkan kreativiti serta inovasi sehingga secara tidak langsung, mendukung usaha kerajaan dalam membantu meningkatkan pencapaian ekonomi dan kesejahteraan komuniti di sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr. Sharmila Mohamed Salleh dan Pengarah KVK Christine Stanislaus Kinsik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular