HomeUtamaPelantikan Richard Yong sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah adalah satu amanah dan...

Pelantikan Richard Yong sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah adalah satu amanah dan tanggungjawab – SAPP

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin kerana memperkenankan pelantikan Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong, sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.

SAPP turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, kerana menyetujui pelantikan Richard.

Menurut jurucakap SAPP menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, SAPP yakin Richard akan melaksanakan tugas baharunya dengan baik sebagai Timbalan Speaker kerana beliau mempunyai pendedahan yang mencukupi dalam memerhatikan prosiding Dewan Undangan Negeri dan parlimen selama beberapa tahun.

Katanya, Richard juga tidak asing dalam kerajaan Sabah kerana beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam Kerajaan Sabah bermula sebagai Setiausaha Akhbar Kementerian pada tahun 1990.

“Richard juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sukan Sabah dan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah.

“Ahli pengasas Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party – SAPP), Richard telah mendedikasikan dirinya sebagai Setiausaha Agung parti itu sejak 2003. Beliau juga dipilih sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Presiden parti pada 2018,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sejak pembentukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah, Richard telah berkhidmat sebagai ahli Majlis Tertinggi GRS selain sebagai Pengerusi GRS bahagian Sandakan.

“Berusia 66 tahun, dan menetap di Kota Kinabalu, Richard juga merupakan penasihat beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pernah berkhidmat dalam kerja sosial dan kemasyarakatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada pencerobohan kali kedua dan sifar KFR, jadi misi utama ESSCOM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular