HomeUtamaSabah alu-alukan peningkatan penerbangan terus dari Korea Selatan

Sabah alu-alukan peningkatan penerbangan terus dari Korea Selatan

Read Time:2 Minute, 41 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Syarikat penerbangan tambang murah yang berpangkalan di Korea, T’way Air berjaya melakar kejayaan semalam apabila berjaya memulakan penerbangan berjadual pertamanya dari Incheon ke Kota Kinabalu.

Penerbangan sulung yang membawa 188 penumpang itu diyakini akan mampu mengukuhkan lagi hubungan antara Korea Selatan dan Sabah apabila negeri itu terus menaik pengunjung antarabangsa.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, kepentingan bagi meningkatkan kesalinghubungan antarabangsa ke Sabah juga dapat menaikkan lagi nilai yang besar kepada rantau ini.

 “Memiliki lebih banyak penerbangan terus antarabangsa adalah penting bagi mewujudkan lagi keseimbangan, bukan sahaja memberi manfaat kepada industri pelancongan kita tetapi juga memacu pertumbuhan ekonomi di Sabah.

“Dengan meningkatkan kesalinghubungan, kami membuka pintu kepada lebih ramai pengunjung untuk merasai keajaiban alam semula jadi dan warisan budaya yang ditawarkan Sabah sambil menjana peluang pekerjaan dan memacu pembangunan mampan secara serentak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menyambut dan mengalu-alukan ketibaan penumpang bagi pesawat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini semalam.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, rakyat Korea Selatan secara konsisten menunjukkan minat yang mendalam untuk menerokai keajaiban alam semulajadi Sabah

Katanya, ini terbukti dalam kedudukan dominan mereka sebagai pelawat antarabangsa terkemuka ke negeri inim

“STB mencatatkan 68,685 pengunjung Korea Selatan antara Januari dan April tahun ini berbanding 720 ketibaan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Penerbangan laluan terus T’way Air dijangka mempercepatkan lagi trend yang semakin meningkat ini dan membina hubungan pelancongan yang lebih mendalam antara kedua-dua destinasi, ” katanya.

Dalam pada itu, Joniston berkata, lonjakan pelancong Korea Selatan ini menunjukkan peningkatan populariti Sabah sebagai destinasi pilihan selain didorong oleh keajaiban alam semula jadi yang menawan, warisan budaya dan layanan yang terkenal.

“Pulau, pantai dan padang golf di Sabah popular di kalangan pelancong Korea.  Mereka juga berminat dalam menyelam dan burung.  

“Selain itu, STB telah merancang secara strategik dua acara penting – Ekspo Menyelam Asia (ADEX) dan Festival Burung Asia – yang bertujuan menarik peserta antarabangsa, termasuk dari Korea Selatan.

“Komitmen Sabah untuk menganjurkan acara ini menekankan dedikasi kita untuk menjadikan negeri ini sebagai destinasi utama bagi peminat alam semula jadi dan pencari pengembaraan,”katanya. 

T’way Air, yang pada mulanya bermula sebagai Hansung Airlines, menjalani penyusunan semula dan penjenamaan semula pada 2010. 

Sehingga 2019, ia merupakan syarikat penerbangan tambang rendah Korea ketiga terbesar di pasaran antarabangsa.

Kerjasama antara STB dan pelbagai syarikat penerbangan menggariskan usaha bersama untuk membuka potensi penuh industri pelancongan Sabah.

Pada masa ini, Sabah dihubungkan dengan 10 bandar antarabangsa iaitu Singapura, Bandar Seri Begawan, Taipei, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Wuhan, Incheon, Busan, dan Manila.

Selain penerbangan T’way Air, Sabah dijangka menerima lebih banyak penerbangan terus dalam beberapa bulan akan datang.

Shanghai Airlines dijadualkan kembali melaksanakan penerbangan terus harian ke Sabah bermula 2 Julai ini selain akan turut menawarkan sambungan antara Sabah dan Shanghai. 

Selain itu, AirAsia juga merancang untuk memulakan laluan dari Beijing ke Kota Kinabalu (setiap hari) pada 2 Julai dan dari Macau ke Kota Kinabalu sebanyak empat kali seminggu pada 16 Julai.

Selain itu, Jin Air akan menaik taraf pesawatnya daripada B738 kepada B777, dengan kapasiti maksimum 393 penumpang dan bukannya 189 mulai Julai 2023. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular