HomeEkonomiUkraine ingin kongsi kepakaran teknologi angkasa lepas dengan Malaysia

Ukraine ingin kongsi kepakaran teknologi angkasa lepas dengan Malaysia

Read Time:2 Minute, 41 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ukraine ingin berkongsi kepakaran dan pengetahuan khususnya dalam bidang teknologi angkasa lepas dengan rakyat Malaysia.

Denys MyKhailiuk

Kaunselor/Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Ukraine di Malaysia, Denys MyKhailiuk berkata beliau bagi pihak Yuzhnoye berada di negeri ini untuk menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah.

“Kami ingin berkongsi kepakaran dan pengetahuan ini dengan rakyat Malaysia. Kami mahu meningkatkan hubungan mesra kami dalam penerokaan program angkasa lepas secara aman,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis menandatangani MoU sempena perasmian Majlis Anugerah Sains Sabah (MASS) 2023 di Shangri-La Tanjung Aru Resort di sini pada Jumaat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menyaksikan majlis MoU yang ditandatangani antara tiga pihak iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainudin Aman manakala Sovereign Sengalang Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan Kumpulan/Timbalan Pengerusinya, Mohd Ezra Effendi dan Yuzhnoye State Design Office diwakili Denys MyKhailiuk, (Charge d’ Affaires ad interim, Embassy of Ukraine).

Sehubungan itu, Denys berkata pihaknya memilih Sabah sebagai rakan kongsi kerana ia antara yang paling hampir dengan Zon Khatulistiwa.

“Kami memilih Sabah sebagai rakan kongsi kerana ia antara yang paling hampir dengan Zon Khatulistiwa. Pelancaran dari sini adalah lebih cekap daripada zon yang lebih dekat dengan haluan. Ia akan mengambil sedikit usaha tetapi ia akan menjadi lebih cekap.

“Kami mempunyai banyak kepakaran dalam program angkasa lepas. Malah Ukraine adalah salah satu negara yang menjadi perintis dalam bidang ini dan anda tahu bahawa Sergei Pavlovich Korolev pencipta roket soviet yang menghantar manusia pertama ke angkasa lepas adalah dari ukraine,” ujarnya.

Jika impian ini menjadi kenyataan, Denys berkata, Sabah bakal membina kemudahan pelancaran angkasa lepas yang ke-16 di dunia, sekali gus Malaysia menjadi negara ke-sembilan yang memiliki fasiliti sedemikian.

“Kami berharap ia akan menjadi kenyataan. Teknologinya sudah agak maju. Anda mempunyai sumber yang besar dan lokasi yang menarik. Kita ada kepakaran dan terdapat permintaan kukuh yang semakin meningkat untuk peralatan angkasa seperti satelit.

“Bukan sahaja untuk tujuan geolokasi tetapi juga untuk penerokaan jarak jauh bumi dan juga untuk mencari tempat yang lebih baik dalam pengekstrakan sumber semula jadi seperti cara pertanian yang lebih baik. Ia terdapat aplikasi yang luas.

“Kami berharap ia akan lebih bermanfaat bukan sahaja untuk tujuan keselamatan, tetapi juga dari segi meningkatkan sumber kewangan,” jelasnya.

Denys turut memberitahu hasratnya untuk mengembangkan hubungan perdagangan dua hala bagi meningkatkan ekonomi yang lebih baik terhadap kedua-dua negara Ukraine dan Malaysia.

“Kami mahukan hubungan ekonomi yang baik. Kami berharap akan memberi manfaat kepada keselamatan makanan dari Malaysia kerana ia adalah salah satu daripada beberapa negara yang menyumbang sejumlah besar makanan untuk pasaran dunia seperti bijirin dan jagung yang kami gunakan untuk makanan ayam.

“Selain itu, kami juga berharap kami mungkin menjadi pasaran untuk minyak sawit anda, begitu juga Malaysia adalah pasaran minyak bunga matahari kami. Ini adalah permulaan, titik pelancaran.

“Kami sedang berusaha untuk membawa buah-buahan Ukraine seperti beri biru ke pasaran. Kami juga sedang mencari buah tropika dari negara ini.

“Sabah adalah destinasi tropika yang menakjubkan. Dan sejarah Ukraine yang kaya mungkin menjadi destinasi yang baik untuk rakyat Malaysia yang akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular