HomeIsu tempatan18 program dilaksanakan sempena Minggu Perpustakaan 2023

18 program dilaksanakan sempena Minggu Perpustakaan 2023

Read Time:52 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Orang ramai sekitar daerah ini dipelawa untuk hadir dan menyertai pelbagai aktiviti sempena penganjuran Minggu Perpustakaan 2023 yang bermula semalam sehingga 6 Julai ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata, sebanyak 18 program akan dilaksanakan sepanjang Minggu Perpustakaan.

Katanya, ianya juga adalah bersesuaian dengan misi Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) bagi memperkasakan perkhidmatan bagi membentuk masyarakat membaca dan berilmu.

“Idea mengadakan Minggu Perpustakaan ini diharap dapat mendekatkan perpustakaan dengan masyarakat terutama golongan belia dan para pelajar.

“Pendedahan seawal usia muda kanak-kanak kepada perpustakaan akan membentuk minat membaca dalam diri mereka. 

“Kehadiran kanak-kanak yang ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing hari ini membuktikan kesungguhan ibu bapa mendidik anak-anak menjadi insan cerdik di kemudian hari,” katanya semasa Majlis Pelancaran Minggu Perpustakaan Tahun 2023.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Zainudin Aman. 

Turut hadir, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Fatimah Abdillah dan Timbalan Setiausaha Tetap I, Maria Chong.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular