HomeIsu tempatanPPPM laksana program pendidikan tidak formal

PPPM laksana program pendidikan tidak formal

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) memainkan peranan penting dalam melaksanakan aktiviti pendidikan tidak formal.

Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penaung PPPM Sabah berkata, aktiviti tersebut penting bagi memupuk pelbagai kemahiran fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta kepimpinan.

“Sebagai persatuan yang berfokuskan kepada gadis dan wanita, usaha ini dapat membantu mereka mendepani pelbagai cabaran hidup. 

“Selain itu, komitmen berterusan semua ahli perlu dilakukan terutamanya dalam mendidik dan menyebarkan ilmu serta kemahiran bermanfaat kepada generasi pemimpin akan datang,” katanya.

Toh Puan Norlidah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke- 58 PPPM, di sini semalam.

Katanya, pelbagai cabaran ditempuh PPPM sepanjang dua tahun pandemik COVID-19 namun berkat kesepaduan PPPM, semua program berjalan dengan lancar walaupun secara dalam talian. 

“Ini terbukti apabila PPPM dapat melaksanakan Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan 2023 dengan jayanya.

“Syabas dan tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa(AJK) Induk PPPM dan AJK Kerja PPPM Cawangan Sabah kerana telah berjaya menyempurnakan persidangan ini,”katanya.

Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-58 PPPM Tahun 2023 bermula 22 hingga 25 Jun 2023 dihadiri seramai 467 penyertaan ahli PPPM seluruh Malaysia.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, Yang Dipertua PPPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Yang Dipertua PPPM,Raja Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Jeyadhevi Subramaniam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular