HomeIsu tempatanUMS meterai perjanjian kerjasama dengan dua pemain industri, bangunkan tanah di Apin-Apin...

UMS meterai perjanjian kerjasama dengan dua pemain industri, bangunkan tanah di Apin-Apin Keningau

Read Time:1 Minute, 38 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan dua buah syarikat terkenal bagi membangunkan sebahagian tanah universiti itu di Kampung Apin-Apin Keningau adalah bagi mendukung pembangunan pengajaran dan pembelajaran dalam melestarikan industri pertanian.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kerjasama itu juga dapat membangunkan penyelidikan hasil makanan ternakan di negeri ini termasuk penggunaan pengetahuan seperti penghasilan makanan ternakan secara probiotik.

Katanya, ia adalah bagi meningkatkan pencernaan dan pengambilan nutrien oleh haiwan dan kerjasama itu juga selaras dengan salah satu hasrat dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan produktiviti pertanian melalui penggunaan teknologi terkini sejajar dengan Revolusi Industri (IR4.0) dan Internet of Thing (IoT).

“Kerjasama ini turut membantu UMS dalam memaksimumkan penggunaan aset sekali gus memberi pulangan pendapatan dan meningkatkan kelestarian kewangan universiti.

“Di samping itu, ia juga membantu UMS menghasilkan graduan pertanian yang siap sedia memberi impak kepada industri pertanian sejurus selepas bergraduat,” katanya.

Terdahulu, UMS menerusi Pusat Pengurusan EcoFarm (PPEF) telah mengadakan majlis pertukaran dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Malaysian Kuwaiti Investment Co. Sdn. Bhd. (MKIC) dan Yun Fook Resources Sdn. Bhd. (YFR).

MoA dengan MKIC adalah untuk penanaman kelapa bersepadu, termasuk kajian penghasilan makanan ternakan dari sisa organik pertanian.

Bagi YFR pula, projek yang akan dijalankan adalah penanaman kelapa sawit bersepadu, termasuk kajian jarak tanaman kelapa sawit.

Pertukaran dokumen tersebut disempurnakan oleh Dr. Kasim dan Pengerusi MKIC, Dato Sri Dr. Sabin Samitah serta Pengarah Urusan YFR, Datuk Yap Yun Fook.

Majlis yang berlangsung di Galeri Majlis, UMS semalam itu turut disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin sempena lawatan kerja beliau ke UMS.

Untuk rekod, projek pembangunan tanah UMS di Kampung Apin-Apin, Keningau ini merupakan sebahagian dari projek-projek yang dijalankan oleh PPEF, UMS yang telah diamanahkan untuk memajukan beberapa tanah milik UMS termasuk tanah di Mesilou, Kundasang yang sedang dibangunkan sebagai Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Pertanian Tanah Tinggi. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular