HomeUtamaGhapur Salleh meninggal dunia

Ghapur Salleh meninggal dunia

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Bekas Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia jam 12.07 tengah malam tadi.

Beliau yang juga bekas Ketua UMNO Kalabakan meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, jenazah ahli politik veteran Sabah itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu, hari ini.

Anak perempuan arwah, Noraini Abd Ghapur berkata, jenazah akan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Likas, pada jam 9.30 pagi.

Abdul Ghapur memulakan karier politiknya pada awal tahun 70-an dengan menyertai Parti Berjaya di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah ke-6, Tan Sri Harris Salleh.

Beliau pertama kali bertanding pilihan raya pada 1976 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Merotai, namun tewas sebelum kembali bertanding kerusi sama pada 1981 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada 1985 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Selepas itu, Allahyarham membuat keputusan menyertai Umno pada 1991 dan dipilih menjadi Ketua Umno Bahagian Tawau setahun kemudian.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular