HomeUtamaCadangan mewujudkan PPD Membakut telah dikemukakan - Arifin

Cadangan mewujudkan PPD Membakut telah dikemukakan – Arifin

Read Time:51 Second

Beaufort : Cadangan bagi mewujudkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Membakut dijangka akan direalisasikan tidak lama lagi berikutan daerah itu telah dinaik taraf kepada daerah penuh.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, cadangan berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

“Kita sudah menjadi daerah penuh Membakut yang melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut dan DUN Bongawan.

“Justeru kita akan berusaha untuk mendapatkan taraf PPD untuk Membakut dan apabila diwujudkan nanti, PPD ini akan berpusat di Bongawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan KSSR Zon Membakut di sini.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pemilihan Bongawan sebagai lokasi PPD itu adalah seiring dengan visi beliau dalam mengutamakan pembangunan bersama antara Membakut dan Pekan Bongawan.

“Mudah-mudahan dalam tahun ini atau tahun depan proses ini berjalan dengan baik dan mudah-mudahan dapat dijadikan kenyataan,” katanya.

Terdahulu, kejohanan itu disertai sebanyak 14 buah sekolah yang berada di Zon Membakut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular