HomeIsu tempatanSeorang wanita maut, tiga cedera parah terlibat kemalangan jalan raya

Seorang wanita maut, tiga cedera parah terlibat kemalangan jalan raya

Read Time:1 Minute, 5 Second

LAHAD DATU: Seorang wanita maut manakala tiga lagi mengalami cedera parah apabila kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sabahan Lahad Datu – Tawau petang tadi (10 Julai).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.35 petang tadi mengenai kemalangan jalan raya yang berlaku di lokasi berkenaan.

“Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga telah bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

“Terdapat lima mangsa dilaporkan terlibat dari kenderaan Proton Saga. Seorang mangsa kanak-kanak telah dibawa ke hospital menggunakan kenderaan klinik kesihatan Lahad Datu sebelum pasukan Bomba tiba dilokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan Rescue Tools.

“Empat orang mangsa berjaya dikeluarkan, bagaimanapun tiga orang mengalami kecederaan parah manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan
Ambulan bagi mendapatkan rawatan.

“Manakala mangsa yang meninggal dunia, seorang wanita berumur lingkungan 50’an diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.15 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular