HomeSukanGFNY Kota Kinabalu 10 Disember ini

GFNY Kota Kinabalu 10 Disember ini

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Acara marathon berbasikal Gran Fondo New York (GFNY) Kota Kinabalu dicadang akan diadakan pada penghujung tahun ini iaitu 10 Disember 2023.

Hasrat tersebut disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan FR Exhibitions Sdn Bhd, Syed Mohammed Feisal Dato’ Syed Hussan kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin di KBSS, Wisma Muis di sini, hari ini.

GFNY merupakan acara marathon berbasikal yang menampilkan dua kategori iaitu 69.3 kilometer dan 135.3 kilometer yang mana para pengayuh akan mengayuh daripada pusat bandar ke beberapa daerah berdekatan. Selain itu dijangkakan peminat sukan berbasikal seluruh dunia akan datang ke acara berkenaan.

Syed yang juga merupakan pemegang francais kepada GFNY Malaysia berkata beliau memilih Kota Kinabalu sebagai lokasi kedua selepas Kuala Lumpur adalah kerana bandar ini merupakan satu lokasi strategik dalam kepulauan Borneo dan antara destinasi utama pelancongan sukan di rantau ini.

Beliau turut berhasrat akan menempatkan Sabah sebagai salah satu Kalender Siri Dunia GFNY dengan menjadikan Kota Kinabalu sebagai tuan rumah.

Ellron dalam pada itu menyatakan KBSS akan memberikan sokongan penuh terhadap cadangan penganjuran GFNY Kota Kinabalu memandangkan penganjuran ini akan memberikan impak positif kepada Sabah terutamanya dalam perkembangan industri pelancongan di negeri ini.

Selain itu, Ellron berkata dengan adanya penganjuran GFNY Kota Kinabalu akan menjana pendapatan usahawan tempatan serta meningkatkan penerimaan cukai dan pendapatan negara.

Katanya, bagi memastikan penganjuran acara berkenaan berjalan dengan lancar, satu badan jawatankuasa akan diwujudkan . Jawatakuasa ini berperanan membantu serta memberikan kerjasama erat kepada pihak penganjur.

“Untuk merealisasikan hasrat tersebut, saya juga telah mengarahkan pegawai-pegawai saya mewujudkan satu jawatankuasa bertindak yang disertai agensi-agensi berkaitan dalam masa terdekat bagi membincangkan keperluan dan saranan mengenai penganjuran acara yang julung kali diadakan di negeri ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur mengalu-alukan kepada mereka yang berminat terhadap acara ini, bolehlah melayari laman sesawang di kotakinabalu.gfny.com ataupun kk.gfny.com yang mana laman sesawang berkenaan bakal dilancarkan secara rasmi pada khamis ini (13 Julai).

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular