HomeUtamaKempen menamakan anak gajah sempena Hari Gajah Sedunia 2023

Kempen menamakan anak gajah sempena Hari Gajah Sedunia 2023

Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Sempena Hari Gajah Sedunia, Taman Hidupan Liar Lok Kawi dengan kerjasama Borneo Behavior Solution telah menyusun satu program yang dinamakan Kempen Menamakan Anak Gajah.

Ini berikutan, gajah betina yang berada di Taman Hidupan Liar Lok Kawi telah melahirkan anak satu ekor anak gajah pada hujung tahun lalu dan dua ekor lagi pada tahun ini.

Menurut Kurator Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Maryati Abdullah Lakim, sehingga hari ini, belum ada nama diberikan kepada ketiga- tiga anak gajah tersebut.

“Penamaan anak gajah sempena Hari Gajah Sedunia diadakan bagi menggalakkan penyertaan orang awam untuk mewujudkan rasa “sense of belonging” dan meningkatkan kesedaran awam untuk melindungi hidupan liar di Sabah.

“Program ini bersesuaian dengan tema Hari Gajah Sedunia tahun ini iaitu “Melindungi habitat gajah untuk hari esok yang mapan”,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kempen Penamaan Anak Gajah menerusi platform Facebook taman akan bermula pada 10 Julai 2023 sehingga 08 Ogos 2023 dan penyertaan ini terbuka kepada seluruh orang awam dan tiga pemenang akan diumumkan dalam masa seminggu selepas kempen berakhir pada 9 Ogos 2023.

Pihak taman turut berharap agar melalui kempen ini akan menarik lebih ramai untuk terus “like”, “share” dan “follow” laman Facebook Taman Hidupan Liar Lok Kawi kerana pelbagai aktiviti pendidikan, usaha-usaha konservasi serta video kesedaran akan dikongsikan melalui paltform tersebut.

Tujuannya adalah bagi masyarakat awam melakukan tanggung jawab bersama unutk membuat sebaran meluas tentang nilai dan kepentingan hidupan liar di negeri ini. Selain itu, lama sosial ini dapat membantu menarik lebih ramai pengunjung untuk datang dan merasai sendiri pengalaman sebenar melihat spesis hidupan liar yang terdapat di taman tersebut melalui pelbagai aktiviti seperti persembahan haiwan, program cuti sekolah dan lain-lain.

Borneo Behaviour Solution turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Life Water Industries kerana menaja sebanyak 60 kotak minuman botol kepada pengunjung di amphitheater yang mengikuti kempen kesedaran yang dilaksanakan pihak taman.

Sementara itu, Kenneth Maluda selaku Pengurus Borneo Behaviour Solution dalam kenyataan beliau, BBS akan terus membantu Jabatan Hidupan Liar dalam menjayakan setiap program yang dilaksanakan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi dari segi idea, teknikal dan sumber manusia.

Beliau sangat berharap agar kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang awam kerana menurut beliau ianya bukan setakat kempen menamakan anak gajah sahaja tetapi lebih dari itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular