HomeUtamaKePKAS terima cadangan penganjuran Pesta Cahaya Antarabangsa Tawau 2024

KePKAS terima cadangan penganjuran Pesta Cahaya Antarabangsa Tawau 2024

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Kelab Pemuda Taman Fajar telah mengemukakan cadangan penganjuran Pesta Cahaya Antarabangsa Tawau 2024 kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KepKAS).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew menerima dokumen itu daripada Pengerusi Penganjur Acara Philip Yap Wui Lip semasa kunjungan hormat baru-baru ini.

Christina memuji kelab tersebut atas insiatif mereka mencadangkan festival berkenaan yang akan diadakan di Sri Tanjong, Tawau.

“Saya memuji Kelab Pemuda Taman Fajar atas inisiatifnya mencadangkan penganjuran festival ini di Sri Tanjong bagi mempamerkan warisan budaya yang terdapat di daerah Tawau daripada persembahan muzik tradisional hinggalah kepada masakan tempatan dan cara membuat tanglung.

“Ini akan meningkatkan imej Tawau sebagai destinasi yang wajib dikunjungi untuk domestik dan pelancong asing,” katanya.

Philip turut menyampaikan jemputan kepada Menteri untuk memeriahkan majlis perayaan tahun depan.

Beliau berkata, Pesta Cahaya Antarabangsa akan berlangsung selama sebulan, dari 15 hari sebelum Tahun Baharu Cina hingga hari ke-15 Tahun Baharu Cina pada 2024.

“Ciri-ciri utamanya ialah Pasar Malam Tahun Baharu Cina tradisional, gerai makan, persembahan kebudayaan dan pameran tanglung besar untuk mendedahkan karya agung artis dan artis berbakat dari daerah ini,” katanya semasa memberikan taklimat kepada Christina.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular