HomeUtamaPesawat TUDM terbang rendah semasa Eksesais Kelawar

Pesawat TUDM terbang rendah semasa Eksesais Kelawar

Read Time:37 Second

Kuala Lumpur : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais Kelawar Siri 14/23 bermula 18 hingga 26 Julai ini.

TUDM dalam satu kenyataan semalam menyatakan eksesais itu akan melibatkan ruang udara kawasan Op Pasir Sabah iaitu sekitar Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, eksesais ini adalah bertujuan untuk memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal pesawat EC 725 AP di samping memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik dan ancaman pada waktu malam.

“Sepanjang eksesais berlangsung, pesawat-pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu yang digazetkan kawasan latihan.

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular