HomeSukanAkademi Bola Sepak dijangka diwujudkan di Menumbok

Akademi Bola Sepak dijangka diwujudkan di Menumbok

Read Time:1 Minute, 17 Second

Menumbok : Sebuah akademi bola sepak dijangka diwujudkan di daerah kecil ini bagi menjalankan program pembangunan akar umbi sukan tersebut di daerah Kuala Penyu.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Menumbok, Nordin Mohd Taip berkata, pihaknya berhasrat supaya ia dapat diwujudkan dalam usaha membangunkan bola sepak di Menumbok dan Kuala Penyu.

Katanya, ramai kanak-kanak yang meminati sukan itu dan mereka perlu mendapat bimbingan dan diasahkan bakat mereka menerusi pewujudan akademi sedemikian.

“Semoga impian saya sebelum bersara ingin melihat tertubuhnya akademi bola sepak untuk kanak-kanak di daerah Kuala Penyu tercapai,” katanya.

Nordin berkata, buat julung kalinya, peminat bola sepak bawah umur 12 tahun berpeluang mengikuti klinik bola sepak anjuran SK Pekan Menumbok dengan kerjasama Tunas Akademi Bola Sepak (TABS) SAFA Bandaraya.

Seramai 120 peserta mengikuti klinik tersebut yang disempurnakan perasmian oleh Naib Presden Persatuan Bola Baling Malaysia Datuk Awang Aslee Lakat.

Awang Aslee yang juga Presiden Persatuan Bola Baling Sabah menyatakan sokongan penuhnya terhadap usaha untuk mewujudkan akademi bola sepak tersebut.

Katanya, pewujudan akademi sedemikian penting untuk mengendalikan program pembangunan bola sepak di daerah Kuala Penyu khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang meminati sukan itu.

“Kita berharap ia dapat direalisasikan kerana penyertaan dalam klinik ini menunjukkan ramai kanak-kanak begitu meminati sukan bola sepak,” katanya.

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada TABS SAFA Bandaraya memandangkan beberapa pemain dari pekan Menumbok dan Kuala Penyu disenaraikan dalam pasukan utama mereka dalam menghadapi kejohanan besar seperti Liga Suparimau dan Piala Borneo.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim dan wakil SAFA daerah Kuala Penyu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Liga Super 2024 : Kim Swee belum puas hati pada bahagian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular