HomeUtamaProgram Magical Train Ride bersama "Toh Puan" 26 Sept ini

Program Magical Train Ride bersama “Toh Puan” 26 Sept ini

Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Program Magical Train Ride bersama “Toh Puan” yang julung kali diadakan pada 26 September ini akan mencipta sejarah dan merancakkan lagi pelancongan Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mencadangkan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sabah (Puspanita Cawangan Sabah) melaksanakan cadangan projek berkaitan pelancongan mereka sebagai sebahagian daripada program untuk meningkatkan imej sejumlah 15 stesen kereta api dari Stesen Sembulan sehingga ke Stesen Tenom di pedalaman, dalam tempoh 12 bulan dari sekarang.

Persatuan itu juga bercadang untuk memasang papan tanda “selamat datang” baharu dan menarik di lokasi strategik bagi setiap stesen keretapi, lengkap dengan kemudahan rekreasi dan promosi produk tempatan setiap daerah atau mukim.

Christina jamin kementeriannya akan menyokong program Magical Train Ride bersama “Toh Puan” dan projek Puspanita Cawangan Sabah semasa kunjungan hormat rombongan persatuan itu diketuai oleh Pengerusinya Datuk Dr Nuinda Alias pada Isnin.

Beliau menasihatkan pasukan Puspanita Cawangan Sabah bekerjasama rapat dengan majlis daerah masing-masing dan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) bagi merealisasikan projek mereka dalam semangat kerjasama.

“Ini mungkin mencabar tetapi apabila siap, ia akan menjadi legasi Puspanita cawangan Sabah dan sumbangan besar kepada pelancongan Sabah dan Kerajaan Negeri,” kata Christina.

Sementara itu, Pengarah JKNS Leonard Poyong bersetuju menyediakan ruang di sekitar papan tanda sedia ada di setiap stesen keretapi.

“Sebagai sebahagian daripada usaha pengindahan, jabatan saya juga boleh menyediakan kepala lokomotif keretapi usang untuk menambah nilai dan menambah baik papan tanda ‘selamat datang’ yang baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Nuinda berkata ia adalah usaha kerjasama Puspanita Cawangan Sabah, Mutiara GRS Sabah (sebuah pertubuhan bukan kerajaan), JKNS dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

“Salah satu objektifnya adalah untuk menarik pelancong tempatan dan asing melawat daerah luar bandar seperti Papar dan Beaufort,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Leonard berkata, Toh Puan NorlidahTan Sri R.M. Jasni akan melancarkan majlis perasmian program tersebut di Stesen Keretapi Tanjung Aru pada jam 8 pagi, 26 September ini.

“Beliau dan rombongannya kemudian akan menaiki Keretapi Borneo Utara Sabah sehingga tiba di Stesen Papar, selepas itu mereka akan meneruskan perjalanan menaiki Kereta VIP 8906 ke Stesen Beaufort.

“Kami menyediakan dua jenis perkhidmatan keretapi dari Kota Kinabalu ke Beaufort – perkhidmatan keretapi enjin dari Tanjung Aru ke Papar dan kemudian perkhidmatan keretapi enjin diesel dari Papar ke Beaufort. Ini adalah kali pertama kami menggunakan VIP Coach dari Papar ke Beaufort,” kata Leonard.

Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Penolong Setiausaha Kementerian (Pembangunan), Lanah Sungkoling, pegawai-pegawai Puspanita Cawangan Sabah, Zaiton Bakri (Pengerusi, Jawatankuasa Kecil Ekonomi Rumah Tangga dan Kraftangan), Nur Aziyah Yaacub (isteri Pegawai Daerah Papar) dan Dayang Hanim Awang Basir (isteri Pegawai Daerah Beaufort).

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular